♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 20, 2009

Pertengkaran Kecil Anatomi Saye.

Perut tak lapar, tapi mulut rasa nak mengunyah. "Kunyah adalah senaman muka". Itu lah alasan mulut yang membuatkan perut marah. Kata perut, "Sudah lah tuh mulut. Berhenti lah mengunyah mengunyah mengunyah!". Mulut buat muka. Muncung. Perut tambah lagi, "Kesan buruk nya bukan pada engkau. Pada aku. Buruk bukannya engkau. Aku. Aku yang buncit. Aku yang disalahkan. Iklan kurus semua pasal aku. Testimoni pengguna berjaya semua tunjuk aku sebelum dan selepas. Padahal itu semua engkau yang punya pasal!".

Mulut marah. Mulut balas "Aku kunyah untuk buat pipi kurus!". Tak semena-mena pipi pula bersuara, "Tak kurus pun aku. Kau ni mulut, memang keturunan mulut! Keturunan banyak alasan!"

Hoi! Hoi! Hoi!

Keadaan semakin bising dan cemas. Ikuti dialog seterusnya. Yang lain mula bising.

Gigi : Hoi pipi! Kau apehal nak kait kait keturunan pulak nih?
Bibir : Ha'ah! Lu apehal main keturunan pulak nih?
Lidah : Fight! Fight! Fight!

Almaklum lah. Mereka itu keturunan suku suku mulut :p

TIBA-TIBA.....

Bergema suatu suara dari atas. Otak. Otak bersuara.

Otak kata, "Pija oh Pija. HENTIKAN INI SEMUA! Nanti orang ingat kau gila sewel. Bila kau gila, orang kata aku juga yang gila. Aku, otak kau!". Pija melawan, "Apesal pulak?! Otak kau lah!". Otak, "Ye lah, aku lah, otak kau!". Pija, "Otak kau lah!". Otak, "Otak kau la ape lagi?!". Pija, "Otak kau lah!". Otak, "Otak kau lah!". Pija, "Otak kau lah!". "Otak kau lah!". "Otak kau lah!". Maki maki yang tak berhenti.....





Sudah tersedar.

Tahukah anda, anda mampu berkomunikasi (secara dua hala) dengan otak anda? Tak percaya / kurang percaya? Tanya Dr. Ili. SHE'S THE EXPERT. :D




xoxo,
Si Sewel P.  
smallest note : Rasa macam nak menangis kerana terlampau bosan. Dah bergenang nih! Serious shit! :'(

5 comments:

  1. ahaha very funny la..
    gurl wud happened 2 u?chills out babe have fun..

    ReplyDelete
  2. erin : HEHE. OK I CHILL :))

    illiey : YEP! U NOE HOW TO DO IT. REMEMBER U ASK N TALK TO UR OTAK SURUH BERGERAK COZ U WANNA FINISH THE REPORT ASSIGNED? HEKHEK :p

    ReplyDelete

I love comments!

♥ly Roses