♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 20, 2010

Ke Utara.

Sudah pulang! Saya berkampung ke utara Malaysia for like a week! Lama betul. A kenduri supposed to be, dah jadi a vacation without plan. Saye rasa lah, Mama dan Mak dah lama plan this vacation. Tapi sebab takut saye tak nak ikut sebab dorang plan 5 days to stay kan, so not telling me the plan is great! Ya aku sudah tertipu. Mereka licik dalam hal plan plan rahsia nihヽ(o`皿′o)ノ *angry face*


Anyhow,


Percutian ke Penang, Kedah and Perlis sangat awesome! (walaupun suka dalam duka) Dan bahasa utara sangat cute. Saye harap lepas vacation ini pembendaharaan bahasa utara saye akan jadi lebih maju. Tahu dak yang kami dok dengaq kawan-kawan dan boipren kami speaking utara tuh just a simple vocabs ghupa nya. Ada lagi yang hang tak pernah dengaq langsung. Especially bila you berborak dengan orang tua, hah pekat gila sampai confuse Melayu ke Thailand. Hahahaha. Kuang ajaq no! (^_^)

Introduce, ini Tok Tam.

Yang kanan pakai baju kurung la Tok Tam.
Aku tampaq muka hang kata Tok Tam yang pakai baju petak-petak!

Tok Tam nih rumah dia kat Kuala Peghelis. Betul betul tepi jalan. Sebelah rumah ada kedai runcit. Nak beli jajan ke senang lah. Sederet dengan rumah Tok Tam pulak ada kedai Tom Yam yang sedap gila!!! ヽ(´ー`)ノ

 First and the only caption on the first day. Lepas tuh battery kong( ´,_ゝ`) Frust tak dapat captured gambar tadika Chung Shun saye. Masa lalu kat tepi sekolah rasa terimbau balik saat berebut tempat duduk untuk "graduation" photography.

So our first place is kenduri kahwin di Balik Pulau. Okay wonderful gila sepanjang perjalanan dari lintas Penang Bridge sampai lah ke Mukim 13 Balik Pulau. Tapi sayang camera's battery pack kong. Tak dapat nak snap buah-buah durian yang bergayut gayut atas pokok yang boleh petik macam tuh saje sebab batang pokok nya tertanam dekat curam, jadi pucuk pokok atas jalan raya! Dapat bayangkan tak? Memang wonderful! (Heh macam orang perak pun ada =p)

Di suatu ketika dulu ini ialah tempat main masak masak. Buat sambal belacan dengan pasir. Ahaks! (Tangga rumah Tok Wan)

Hari yang kedua dan ketiga pun attending kenduri jugak. Kenduri sana kenduri sini sampai sweating gila. Oh Penang sangat hangat...eh panas! 

Laksa belut. Believe it or not? Hahaha.
  Tempat makan dekat jeti nak ke Langkawi memang best! Menu nya suka bakar bakar. Ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, udang bakar, ketam bakar. Abu Bakar pun mungkin ada makan dekat situ tak perasan lah pulak. Kecik hati Burn. Heh heh.


Lepas kenduri dan jalan jalan cari makan (jalan sikit makan jalan sikit makan!), pergi jalan jalan Gua Kelam dan Padang Besar pula.
Di dalam Gua Kelam yang pendek jeh -_- 

Pendek pendek pun, nak masuk kena bayar. Mungkin seringgit jeh kot.Tapi nak masuk tak nak bayar pun tak pe. Tak, seriously tak pe kalau tak nak bayar. Kalau you rasa gua tuh pak you punya lah. Hahah joke saja saja hahah!
Tak mungkin gula sorok dekat sini. Heheh ~_^
Selepas tak berapa nak teruja tengok Gua Kelam tuh sebab lagi teruja tengok water park dia tapi tak dapat mandi (;_;) baru gerak ke Padang Besar. Ada orang tuh yang dapat baju gajah Thailand bwahahahhahahhahahhaha! Tu lah orang ajak jalan jalan tak nak ikut ;p


Hari kelima baru balik KL.



Dan hari ini baru dapat jumpa Si Bujang 5 Hari. Suka dia dapat jadi bujang 5 hari!

No comments:

Post a Comment

I love comments!

♥ly Roses