♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

Wonglondo.

Netherlands, yang kalau direct translate ke bahasa melayu bermaksud bawah-tanah-tanah (atau tanah-tanah di bawah?), dipanggil Belanda oleh orang Melayu dan orang Indonesia.


Kenapa panggil Belanda?





Ini semua kerana lidah. Kata Belanda itu berasal dari orang Belanda sendiri yang menyebut dirinya sebagai "Hollander". Lidah orang Melayu dan Indonesia terutamanya orang Jawa mengubah nya jadi Holanda, Olanda, Wolanda, Bolanda hingga akhirnya Belanda. Tengok ey lidah Jawa memang memainkan peranan penting di sini, Wonglondo hahaha lepas tuh jumpa pulak orang Minang jadi Bolanda. Mungkin lah kan sebab kejadian ini.


Sekarang kenapa Netherlands juga dipanggil Holland?



Punca nya, pada kurun ke-17, Holland sebuah wilayah yang terletak bahagian barat Belanda telah menguasai wilayah-wilayah lain di Republik Belanda. Dan hari ini ia terdiri dari dua wilayah Belanda. Iaitu Holland Utara dan Holland Selatan, dan merangkumi tiga buah bandar terbesar Belanda. Salah satu nya Amsterdam! Okay sekarang paham Amsterdam ialah Belanda. Ke korang dah tahu teehee.


Nak eja "Netherlands" ke "Nederland"?


Korang mesti perasan nih. Dekat jersey tulis Nederland kan. Dalam news, Netherlands. Yang "Netherland" adalah spelling dalam bahasa Inggeris, yang "Nederland" tuh pulak adalah local spelling. So both spellings pun betul. Cuma kalau you nak eja dalam bahasa Inggeris last ada "s". Tapi dalam local spelling tak ada "s". Ada beza antara Nederland dengan Nederlands tau. Nederland bermaksud nama negara tu lah kan. Tapi Nederlands pulak bermaksud bahasa orang Nederland, juga kita panggil sebagai bahasa Dutch.


Eh Dutch lah pulak kan. Mana datang asal usul perkataan Dutch em tak payah lah -_-


Okey menarik tak pasal Belanda/Holland/Netherlands. Cerita pasal dia punya nama negara pun dah menarik mesti tempat dia pun menarik kan. Saye cerita cerita nih bukan sebab saye wakil dari agensi pelancongan okey dan bukan juga sebab saye nak pergi sana okey! Saye bagai cikgu sejarah wannabe nih sebab Netherlands berjaya ke separuh akhir world cup ^_^


Tapi saye tak rasa Oranjes boleh menang over Uruguay. ^-^ tonight! eh pagi ini! Uruguay! Uruguay! Suarez! Suarez! Suarez! *tak pa walaupun dia tak main malam nih. Walaupun dia kena kad merah sebab tampar bola keluar dengan tangan, bagi saye dia bersifat hero. Alalala chomel! Hehehe.


Kenapa menulis pasal Belanda tiba tiba ni?! Sejarah sejarah nya lagi. Kerana aku ini lagi bosan dong. Bila mama nak balik nih! Tak sabar tunggu ole ole :)

5 comments:

  1. aah mmg pun kt jersi tulis nederland.kawan2 aku slumber ckp pkai jersi cap ayam.stendet la kan pkai jc gred AAA.aha. diorg ckp cmtu sbb word of nederland.LOL.diorg ni nk bahan tp tak tau pape.aku senyum jek malas nk lawan sbb aku tau msti aku kalah sbb diorg 3org.naive btol!

    ReplyDelete
  2. wonglondo menang! kui3

    ReplyDelete
  3. @k.i.w.i HAHAHA. OK MEMANG BETTER SENYAP JEH. TAPI KETAWA LA SEKALI DENGAN DORANG ATAS KEBUDUHAN MEREKA :D

    ReplyDelete
  4. saya sokogn German je.. mesti juara..

    ReplyDelete

I love comments!

♥ly Roses