♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Masih Teringat pada Alor Star.

Trips ke Alor Star pun nak layan sampai dua entri berasingan :'p (DAH LA LAMBAT LAMBAT UPDATE)
Tak apa lah. nanti kalau berumur 50 tahun, dah pencen, shopping mall dah tak larat nak tawaf, boleh duduk duduk rumah imbas balik baca apa saye buat mana saye pergi masa umur muda belia gitewww. So this is the few places I managed to go dan tak ada masalah nak tulis dekat sini. Ya lah tak kan masuk keluar bilik air rumah pun nak tulis sini. Melampau. (Tapi tak banyak tempat pelancongan Kedah menarik lagi tertarik saye sempat pergi since pemandu pelancong pun bangun time matahari tegak, so macam tu lah.)


Bukit pun beranak.

Tempat pertama dituju saat kaki ku menyentuh bumi Kedah darul aman (eceh) ialah Istana Anak Bukit. Turun turun je nak pergi menyembah Sultan. Hikhik. IDK. Orang yang nak bawa jalan-jalan. Turut kan je lah.


Dia yang eksaited.


Ini dia istana. Kena pandai baca tulisan jawi tu tertulis Istana Anak Bukit.


Arni & Zam.

Then, malam itu, round round shopping malls available di Alor Star. Esoknya satu majlis keramaian diadakan di rumah. Sekeping gambar terpilih di hari kejadian, 20-11-2010 ♥_♥



Pekan Rabu, tapi hari Isnin Selasa Khamis Jumaat Sabtu Ahad still open.

Mungkin macam ni asal usul nama. Depa nak panggil nama pekan yang baru dibuka tu sebagai Pekan Baru. Tapi masa register nama pekan baru tersebut, mengantuk sangat sebab malam tadi ada pesta pembukaan pekan baru, lalu tersalah tulis terlabik jadi Pekan Rabu, instead of Baru. Ada lagi satu nama tempat di Kedah. Namanya Pendang. Rasanya nak eja Bendang kot. But this time, dah elok elok eja nama Bendang tengok tengok huruf B tak cantik. Padam balik huruf B tulis balik. Time nak tulis semula huruf B sampai kat badan dan kepala atas, mata pensil pula patah, jadi huruf P. Dah tak ada pensil lain. Nak tak nak kena submit nama time tu jugak. Nak lari kedai alatulis dah tak sempat. Alah submit je lah. Hah jadi lah Pendang.  OK HANGIT SUDAH KAU GORENG, PROCEED PULA DENGAN GAMBAR-GAMBAR T_T

Macam pelancong luar negara. Building pun nak capture.

 Inside.


Lagi. Ok dah tak boleh ingat lagi pergi mana. Next pit stop maksud saye entry kita sambung. Ok bersurai!

2 comments:

  1. pija, lama ee tak komen kat entry pija. hee. Kedah kampung Arif ke?

    ReplyDelete

I love comments!

♥ly Roses