♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 15, 2009

Credit Card a.k.a Plastic Card

I wanted to share this information with you.
I know this is too lengthy but trust me - either you are a student, do not or never thought of applying for credit card, or you are not the one who paid for the credit card - it's worth reading!

*****

Salam,

Saya amat tertarik dengan artikel di dalam StarBizWeek pada 13 Jun 2009. Ianya menceritakan tentang kepincangan hutang tertunggak kad kredit oleh rakyat Malaysia. Rata-rata pengguna kad kredit masih tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang penggunaan kad. Mungkin ada yang tahu bahana kad kredit, namun disebabkan oleh lonjakan nafsu untuk memenuhi kehendak hidup, ada segelintir yang berbelanja di luar kemampuan mereka. Kad Plastik memberikan satu gaya hidup, biar papa, asalkan bergaya!

Baru-baru ini pengguna kad kredit merasa lega dengan tindakan bank menurunkan kad faedah hutang tertunggak. Namun tahukan anda kos untuk menggunakan dan berhutang dengan kredit kad masih tinggi walaupun bank telah menurunkan kadar faedah di antara 13.5% sehingga 17.5%? Ini kerana terdapat terma-terma yang diletakkan oleh pihak Bank adalah tidak boleh dinikmati serta merta oleh pengguna kad kredit. Sebagai contoh, sebagai pengguna kad kredit yang kurang dari setahun, anda masih belum layak untuk mendapat pengurangan kadar keuntungan. Walaupun selepas setahun menggunakannya, anda tidak layak secara otomatik kerana kegagalan untuk membayar minimum secara konsisten menyebabkan anda tidak layak untuk memasuk `tier' kedua kadar keuntungan.

Sehingga April 2009, rakyat Malaysia mempunyai hutang tertunggak kredit kad sebanyak RM24.4 billion. Ini adalah satu jumlah yang banyak. Data juga menunjukkan lebih 10 juta kad kredit di Malaysia, hanya 30% daripada pemegang membayar baki penuh setiap bulan. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang menggunakan kad kredit akan berbelanja 17% lebih daripada orang yang menggunakan tunai.

Samada kita sedari atau tidak, sekiranya kita mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM1000 dan hanya membayar jumlah minimum 5%, ianya akan mengambil masa selama lima tahun dan lapan bulan untuk menyelesaikan jumlah tersebut beserta dengan kadar faedah yang dikenakan.

Sekiranya hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM10,000 dan pemegang kad hanya membayar jumlah minimum 5% setiap bulan, hutang kad tersebut hanya akan selesai dalam masa tujuh tahun dan lapan bulan!!!

Fakta ini amat memeranjatkan saya. Sedar atau tidak, inilah hakikatnya. Mengikut Bank Negara, jumlah orang yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 adalah 13,907 kes, dan 10% daripada kes tersebut adalah daripada daripada yang berhutang dengan kad kredit.

Pengguna sekarang ini amat beruntung kerana terdapat plan penstrukturan kad kredit agar mereka boleh mengurangkan kaedah faedah yang dikenakan oleh bank. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang penstrukturan kad kredit, anda boleh layari laman web www.walafiat. com

Saya bepandangan campur tangan kerajaan amat perlu bagi membendung gejala penggunaan kad kredit secara berterusan dan melampau melebihi pendapatan individu. Sebagai contoh, rasional mempunyai kad kredit melebihi dari tiga bank, serta menaikkan tahap minimum pendapatan untuk melayakkan pengguna diberikan kad kredit. Selain daripada itu, pengetahuan tentang pengurusan kewangan perlu diterapkan di dalam diri pelajar semenjak dari zaman persekolahan sehingga ke Universiti. Jadikan ianya satu subjek yang wajib untuk setiap pelajar bagi melengkapkan pengetahuan asas tentang kewangan.

*****

My personal opinion, don't use a credit card. Change it to a debit card cuz you only will be allow to spent on your ability :) tapiii jangan swap tak tentu arah! Debit card is just to plesant your purse/wallet from being kembung with your cash.

* Maybank Visa Debit Card *
Apply it today!
haha.. free advertisement do for Maybank.




xoxo,
P.

No comments:

Post a Comment

I love comments!

♥ly Roses