♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 1, 2009

My Working Experiences

Ramai kawan-kawan saye yang start dan memiliki pengalaman kerja seawal umur 18 tahun, yakni lepas habis SPM la. Tapi akibat dari tentangan hebat dari family saye (wah! poyo nye ayat ni. tak pe. kite terusakan ya:)... niat murni saye untuk mancari duit poket sendiri tak kesampaian.

Kesian kan?

Pengalaman kerja saye bermula masa saye dah berumur 20 tahun.


2006
Sebagai tuition tutor for standard 4 and 5 students. Best ke jadi cikgu kepada budak-budak sekolah rendah ni? Mesti best kan? Dorang dah la comel-comel. Petah bercakap. My answer... NO! Saye benci budak-budak sekolah rendah! Benci mereka! You never know the feelings until you be the one who handling them. Ok. Maybe to some, dealing, playing and laughing with this child-teenagers-wannabe-soon are fun and exciting. But I can not be in it. Kalau boleh saye mahu budak-budak ni boleh membesar sampai umur 7 tahun je. Dan lepas tu, mereka akan berumur 7 tahun untuk selama-lamanya :) boleh? Benda yang buat saye paling sukekan budak-budak kecik (age less than 7) ni ialah mereka senang dengar cakap. Dan kamu akan rase seperti dihargai. Bagi mereka, kalau kita tak de, mesti susah hidup dorang... I love to hear and when they thought of this... "Nasib baik saye ade kakak. Kalau tak, tak tahu lah saye nak buat macam mane. Kakak selalu tolong saye"... "Bestnyeee ade kakak. Tak de orang berani tipu saye". See! they adore you so much! like you are the most amazing. Kamu boleh main ikat-ikat rambut dorang and when that, dorang mesti akan cakap macam ni, "Wah! Cantiknya! (ayat cerita kanak-kanak Astro Ceria). Pandainya akak ikat rambut saye. TQ!". Tapi cube lah korang main rambut budak-budak yang dah umur atas 8 tahun... "Sibuk lah kau! Tak nak lah main rambut oranggggg!!!" Saye rindu dan teringat adik perempuan saye, mase dia sebelum dan baru masuk sekolah rendah darjah satu. So sweettt and adorable. Saye boleh buat die macam barbie saye. Die akan dengar semua cakap saye! but then she's looks totally different bila dah ada kawan-kawan baru kat sekolah agak nya. I'm no longer her "amazing" kakak. Haih! Sekarang dia sudah menjadi seperti kawan ku. Gossip bersama. Membebel-bebel dengan ku. Menjerit-jerit, bergaduh-gaduh, kemudian baik balik :p

Saye agak bila dah makin besar budak-budak tuh, mereka akan rase teruja untuk menggunakan perkataan-perkataan yang baru mereka belajar. Itulah sebabnya mereka jadi banyak cakap dan tak mahu dengar cakap! Dan kadang-kadang kata-kata mereka amat pedas, bak kata orang, madah bercili. Hmmm... ada satu buat saye pelik, kenape parents my students hantar anak-anak dorang pergi tuition. Dorang ni semua pandai-panadi lah. Kalau tanye satu soalan dalam kelas, macam bunyi tebuan diorang jawab. Semua orang nak jawab, semua orang nak angkat tangan. Tapi tak nafi lah, dalam ramai-ramai tuh, ada jugak student yang pasif. I can trace which one is passive after having two-three class with them. Untuk yang pasif tuh, saye akan tujukan khas soalan pada dia untuk jawab. So dia boleh participate along in class. Participation in class is important kan, cikgu-cikgu? Tapiii... you know what! nanti ade lah dua tiga orang kawan-kawan dia yang tolong jawab kan untuk pihak dia pulak, walaupun tak diminta pun! And when I said this, "I'm asking your friend. Can you please let him to answer?", dorang akan senyap balik. Tapiii... bisik-bisik jawapan pulak kat kawan dia tuh. Adoi! Nakal kan? Kan? Kan? Tapi kan bila pikir-pikir balik, dorang ni baik hati. Tak suka kawan dorang kena berdiri lama-lama. Tapi tu lah, cara tuh tak kena. Kesian kat kawan dia. Datang tuition tapi still tak dapat jawab soalan dengan sendiri. Dalam exam nanti, kawan-kawan boleh tolong jawab kan kah? Tak kannn...

Dalam pening-pening kepala layan perangai budak-budak ni, ade juga kenangan manis. Melihat budak-budak lelaki bergaduh kerana kawan dia lagi banyak playing card pokemon dari dia dan budak-budak perempuan yang sibuk menunjuk-nunjuk pen warna warni mereka (oh! saye sendiri masih ade habit kumpul pen color color nih! :p). Dan yang paling saye ingat dan suke, ialah time balik tuition, mereka ramai-ramai akan bubye saye... "Bye bye cikgu!..." Cikgu ok! :p

Saye jadi "cikgu Shaari" tak lama. Dua bulan jeh. Lepas tuh sambung masuk belajar balik.


Pengalaman kerja dua.

2007

Pengalaman kerja yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Bekerja bersama SGIVC! as customer service, then as credit officer. Semua dekat sini mengajar saye sesuatu yang amat berharga. Mengajar saye supaya tidak kekok dengan kehidupan bermasyarakat dan semua manusia adalah manusia. Bukan haiwan pemangsa yang akan menelan saye jika saye hye dan menegur mereka. Dan juga, saye sebenarnye mampu bercakap, bukannya terhad dengan orang-orang yang saya rapat sahaja. Jika sebelum itu, nak order McD di counter pun saye tak tahu, hanya main tunjuk-tunjuk gambar kat waitress je, seperti warga istimewa, tapi sekarang, pengalaman membuka mulut untuk bercakap semasa bekerja, telah merubah saye. Terima kasih SGI! (Ini bukan iklan ye kawan-kawan, walaupun kedengaran seperti. hehe...)

Saye ingat lagi, masa mula-mula masuk kerja, akak yang supervised saye time tuh, pening tengok saye. Sebab saye tulis dialog ape yang saye nak cakap ngan customer siap-siap atas kertas. Haha! Punyalah awkward! Heheh :p

Saye kerja kat SGI pun tak lama. Tapi yang paling lama dalam sejarah pekerjaan saye. 6 bulan. Lepas tuh sambung degree pulak.


Pengalaman kerja TIGA.

Present.

Ha ni lah yang nak dikhabarkan sebenarnya. Inilah pengalaman bekerja sendiri saye yang pertama, bukan lagi kerja makan gaji. Membuka bisnes bersama rakan-rakan saye. Menjual pakaian. Berbekalkan modal sendiri, kami kumpul duit, semua setuju and now business sudah siap setup. Baru jeh lagi. Masuk hari ni, baru 4 hari.

Harap-harap kawan-kawan dapat beri sokongan yer :) Spread the words about it please... Much appreciate! :)) Ha, melawat sini untuk ke blog perniagaan kami... Shopper Drop Point. Special prices offer! memang special pun.



xoxo,
Business Partner.

No comments:

Post a Comment

I love comments!

♥ly Roses