♥♥♥
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jazz. Show all posts
Showing posts with label Jazz. Show all posts

Monday, May 31, 2010

MFB


MillatFaceBook

Not bad. Macam facebook jugak.

Ekceli, lebih kurang macam facebook. Millatfacebook ditubuhkan oleh beberapa profesional Pakistan sebagai tanda protes terhadap facebook admin yang tak nak delete laman yang menghina Nabi Muhammad dengan memaparkan karikatur Nabi Muhammad.

So, to join this, you can go to www.millatfacebook.com.

It says terbuka kepada semua pengganut agama yang berperangai baik.

Konsep nya, macam nih, tak ada lagi computer product negara Islam, so kita boleh guna Dell. Tapi dah ada millatfacebook, kita gunalah millatfacebook. Kan?

Okay, nak pergi tengok berita pasal Israel serang kapal sukarelawan ke Gaza. Malaysian inside.

Wait wait wait. Jangan lupa add saye okay? No friend yet :(



P.

Sunday, May 30, 2010

Luahan Rasa Hati 1 : English as a Second Language

Dilarang:
- bertanya ini cerita benar ke tak?
- siapa yang memegang watak si tahi?
- sebarang ayat yang mengandungi perkataan apa, siapa, bagaimana, dimana dan bila :p



Tiba tiba teringat, dulu kan BS (makluman, stand for boypren saye hehe) ada kawan. Kawan dia tanya sombong dalam bahasa Inggeris apa. Arrogant. Kemudian dia tanya saye pulak, selain arrogant apa. Saye tanye nak buat ayat yang macam mana, nak kata dekat siapa. Dia diam sambil buat muka macam tahi baru keluar lepas seminggu tak lepas. Saye bengang lah tengok muka dia macam tuh. Memang lah tuh muka dia. Tapi kenapa nak ubah dari muka manusia ke muka tahi! BS pula cuba ubah atmosfera itu dengan bersuara, "tahu tak sombong dalam english apa?" Saye dah rasa bengang tengok si tahi, lalu saye angkat bahu, tanda tak tahu. Kawan BS (iaitu si tahi) pula menjeling dengan buat muka lagi busuk dari tahi, macam muka loji dah.


Pencarian terjemahan diteruskan.


Kali ini, both of them keluar dengan satu idea atau lebih kepada kesedaran, yang dalam handphone ada dictionary. Buka lah dictionary application dalam handphone. Search for 'arrogant' sebab dictionary application english-english. Jumpa! Oh dunia dirasakan kembali cerah ketika itu.


Si tahi membaca skrin handphone dia.
"Arrogant, proud, hau-j-ty (haughty)"
"Hai, Miss Proud, tak kan lah heh heh heh"
"Ni sebut hau-je-ty haw-ty?"


Bla bla bla. (Saye diam jeh). Lama jugak lah kitorang tunggu awek si tahi nak keluar kelas. Sekali muncul. Pergh, comel siot awek si tahi nih. Memang stok comel gila gila punya. Muka tahi pun berubah jadi bunga :) Bunga tahi ayam.


Lalu si tahi berkata, "Hai, Miss Haughty (haw-ty) heh heh heh heh heh".





Em, SNOBBISH.


Em : Saye ceritakan dekat sini sebab saye nak bagi tahu yang saye benci orang yang suka menilai orang lain.


Okay itu sahaja -_- Lain kali baca lagi ya ruangan Luahan Rasa Hati Ini. Heheh -‿-

Saturday, March 6, 2010

Bagi orang yang tak pernah melihat anak angsa.





I used to be the ugly duckling. Read used to be ya, sekarang perasan cantik lah maknanya. Okay boleh blah! cakap kuat kuat dekat telinga saye. Dekat sikit.



The point here, NEVER JATUHKAN HUKUM yang buruk membesar buruk dan yang cantik membesar cantik. Kaya selama lama nya kaya yang miskin selama lamanya miskin tak berusaha. Di atas tak pernah turun bawah dan yang di bawah tak boleh naik atas. Dan yang Nokia 3310 selamanya 3310 tak akan tukar ke Satio. Hahaha :D



Cerita The Ugly Duckling nih SANGAT BEST. Kelakar and sedih at the same time. I suka yang version The Ugly Duckling and Me yang tikus tuh jadi "emak". Tengok tak cerita tuh? Or you ada pernah baca tak cerita nih time cikgu English ada meeting so murid murid kena pi library baca buku? Kalau you tahu cerita nih lagi senang you nak paham apa yang saye cerita dekat sini.



Masa kecil kecil tak apa lah comot comot. Bila dah besar kena lah cantik cantik. Kata nak tangkap ikan besar. Hahaha. Tapi dah macam jadi suatu realiti kan? Cantik cantik orang suka. Time orientasi kalau nak mengada, buat buat lah sakit, lalu abang OC datang kasi ubat dan nah sekali nombor handset nya.



KECANTIKAN DALAMAN LAGI CANTIK DARI KECANTIKAN LUARAN. Semua orang dok kata lagu nih kan? (wah, I'm speaking utara yuyols!) Tapi susah nak jumpa I-suka-you-sebab-hati-you-tulus-suci-sangat-tak-suka-cakap-hal-orang-tak-suka-cari-gaduh, yang selalu kita jumpa I-suka-mata-you-yang-membutang-I-suka-sangat-tengok-pinjam-boleh?.



Sebab apa? Sebab manusia penuh dengan visual. Lagi lagi lelaki kerana tinggi daya imaginasi. They live life visualize. Lalala.



Dan fakta bukan auta, lelaki tak payah pergi facial tak payah beli deodorant tak payah nak gym sangat. What you have to do is rajin cari duit duit duit banyak banyak banyak. You gemuk buncit jerawat jeragat kutu sopak still can have persis Intan Ladyana. Hehehe. Tapi dalam dalam hati that girl I tak tahu lah T.T



p/s : I wish I could write something like this for my Pengajian Islam report in 5 minutes. Okay tata. Study study optolonglahletrik.



P.

Saturday, February 6, 2010

Berheart-heart bila berkawan.

Jenis-jenis kawan "gelap" yang saye dah jumpa, melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, ahli keluarga dan kawan kawan.


a. Udang di sebalik batu tak seenak udang di sebalik mee.
Udang ni kawan dengan you sebab dia ada penyakit. Penyakit paling merbahaya. Tujuh keturunan  pun tak tentu boleh sembuh. Iaitu Penyakit Hasad Dengki (PHD). Dia nih kawan dengan you sebab nak cari kekurangan diri you, untuk kepuasan diri dia. Hodoh gila perangai macam nih! Saye tulis simple dan terus je lah. (Tak payah nak corner corner lagi. So lepas nih, kalau ade bahasa yang "ter"kasar saye dahului dengan ucapan maaf!) Konon nya you ni pada mata dia, PERFECT. Contoh, dia tengok you ni cantik sangat - putih, kalau hitam pun hitam menawan bukti keunggulan, muka comel bersih, kulit mulus, bibir bak mawar mekar, mata candy eye habis, kaki panjang. Uish, memang pada mata kasar "si udang", you ni memang stok awek dambaan pilu lah! So dia dengki, dia jelous. Tapi tak nak tunjuk okay. Dia play smart. Dia pergi kawan dengan you. Try rapat dengan you, and bagi tahu you, you lah kawan baik dia dunia akhirat. Dia memag act baik perfect gila depan you. Tapi believe me, on-ce you dah rapat dengan "si udang" tuh, and once dia dah tahu sikit sikit kelemahan you, kekurangan you, keburukan you which normal lah kan? Every human beens ada kekurangan. Manusia okay! Bukan Nabi ke Rasul ke Wali ke Malaikat ke. We are normal human. Of course we got KEKURANGAN. Nobody perfect asshole! Time tuh, you akan sendiri perasan sikap jelek nya itu. Habis dia hebohkan kekurangan you yang alahai sekelumit tuh (dan mungkin siap buat tambahan karangan, nak 350 patah perkataan katanya, secukup rasa!). Contoh perbualan "si udang" dengan seorang lagi kawan you yang tak berapa nak rapat sgt, kita ambil contoh perbualan dengan kawan satu floor je lah. Kawan satu floor kan tak rapat sangat. Yang jenis senyum senyum bila nampak dia nak pergi mandi or time sidai baju. Got it? Kawan yang ala ala je. Okay lah. Ikuti dialog persembahan di bawah ya.

Kawan satu floor (senyum time sidai baju) : (Katakan nama you Scha al-Yahya) Scha al-Yahya kawan kau tuh cantikkan? Aku suke tengok Scha al-Yahya. Comel gila. Scha al-Yahya anak orang kaya eyh? (konon konon anak orang miskin tak cantik sbb masak pakai kayu api.)

Si udang bongkok (bongok) : Ha'a cantik lah jugak. Tapi kau tak tahu cantik cantik pun selalu ada masalah dengan boyfriend dia. Kesian Scha al-Yahya asyik menangis jeh siang malam. Tu lah kalau ko tengok betul betul muka Scha al-Yahya tuh ada jerawat tau. Tapi kat dalam gambar tak nampak sangat. Dia ada lah edit edit sikit sebelum letak dalam Facebook. Aku tahu dia guna Photoshop. Kau tak tahu ke yang Scha al-Yahya tuh ratu Photoshop! Sebenarnya Scha al-Yahya tuh biasa biasa jeh. Bapak dia pakai kereta apa jeh. Tak de lah senang mana pun. Alah! Scha al-Yahya nampak jeh macam cantik kan? Ada jeh selulit. Banyak pulak tuh. Tu lah tak suka pakai seluar pendek. Duit pun selalu pinjam aku. Tapi aku tak pernah mintak balik tau walaupun kalau aku kira dah nak dekat seribu! Tapi sebab aku kawan baik Scha al-Yahya aku buat bodoh je lah. Kesian dekat Scha al-Yahya weh. Dia kan baik dengan aku. Kalau dia sedih, aku pun sedih. Kalau die lapar, aku pun lapar. Nak buat macam mana, dah kata kawan baik. Dah macam adik beradik dah dengan Scha al-Yahya aku rasa.

F* untuk dialog di atas!


b. Kawan ada sebab keuntungan. F* to this kind too!
Senang jeh nak describe kawan jenis macam nih. Gunakan contoh lah lagi untuk descibe eyh. Senang sikit pemahaman beserta contoh. Ye tak? Okay contoh satu, kawan dengan you sebab you pandai. Reason simple. Assignment, project, lab ke kerja kursus ke senang! You ada. Dia boleh group dengan you. Jadi markah you markah dia juga. You dean list, dia pun juga! Tapiii padahal sebab you lah dia pun dapat. Sebab you yang buat kerja untuk dia, you yang ajar dia, you yang bersengkang mata okay dalam kelas, balik bilik ajar dia balik sebab dalam kelas dia tidur or main sudoku (oppps!). Last last bila dapat gading baru (kawan yang lagi pandai), tanduk (you lah tu) tak berguna lagi. Sakit hati wooo! Cilaka kan? For Melaka ppl, 'celaka' word is norm. My grandpa is Melaka ppl so I think I can use that word in my regular day. Heheh :p And more, 'kecelakaan' juga datang dari perkataan asal 'celaka' dan ia ada ditulis dalam surat khabar. Contoh, KECELAKAAN ITU MELIBATKAN 12 ORANG. *Cover*

Contoh dua, kawan dengan you sebab you trendy mungkin. You banyak bajuS, kasutS, handbagS. So dia boleh pinjam. Tapi jangan harap lah dia nak kasi pinjam barang barang pusaka dia okay! Banyak alasan dia bagi. Baju dia kecik lah, you tak muat pakai lah. Kasut tuh boyfriend dia yang belikan lah so tak nak bagi you pakai sebab nanti boyfriend dia kecil hati la pulak kan. Apa apa je lah alasan dia. Ni memang stok harta kau harta aku, harta aku harta ahmad albab aku.

Contoh tiga, kawan dengan you sebab you popular book store. Kira boleh tumpang popularity you la. Hahaha pernah berjaya ke orang yang yang gila popular buat macam ni? Sebab selalu nya orang lain awal awal lagi dah mengata dia tuh terlebih sudu dari kuah. Stacy pun akan berkata "You ni terlebih sudahhh"...

Berkawan nih boleh ditafsir macam nak bercinta lah jugak. Bercinta with no reason kan? "I sayang you sebab you". Macam tu juga lah berkawan, "I kawan you sebab no reason. Sebab you".


c. Kawan sound speaker.
Kawan sound speaker ialah kawan yang suka sound you pakai sedap mulut jeh dan tanpa melihat cermin terlebih dahulu atau mengukur baju di badan sendiri. Konon ya, nak bagi you ni keras sikit, ajar you macam mana nak jadi cekal hati dan tidak sensitif. F* la to this kind of ppl. Apehal nak ubah ubah orang?! Kau mak aku ke? Berani nak ubah ubah aku? Ubah kepada baik tak apa. Tapi nak ubah supaya jadi keras hati, jangan ambil hati, telan segala kutukan, terima seadanya bila kena bahan?!!! Bak datang kat kau pulak kalau aku kutuk kau. Muka nak nak merah padam kan? Datang belakang bilik, mengadu kat kawan lain kan? Hohoho! So no no. Tak payah nak jadi ahli sukarelawan ubah kawan yang sensitive tak tentu pasal. Kau tahu dia sensitive, cakap la bertapis. Kalau kau memang jenis mulut filter rosak, tak payah cakap langsung dengan kawan kau yang sensitive tuh. Not all ppl can accept your joke. And for more, if you dying to be a joker tapi Raja Lawak reject you, make a joke of your damn fucking self. Tak payah buat joke pasal diri orang lain beb! That's not cool bebeh.


Lagi satu jenis kawan yang baru dijumpai baru baru ni,

d. Kawan bajet best.
Hahaha. Kawan macam nih memang lah bajet dia best lah amat tersangat. Suka suka nak cakap nak buang you dari "group" dia. Heheh. Kalau you terkena dengan kawan jenis macam ni, jangan lah rasa rugi, walaupun  sedikit. Berlambak lagi kawan kat luar sana. Open your eyes dan berkawan lah dengan semua orang.


Kawan baik saye hanyalah emak saye, bf saye dan adik beradik saye. Bapak dan atuk tak boleh buat kawan. Sebab dorang garang. Hahaha. Tapi emak boleh. Sebab emak sporting :) dan emak lah kawan paling baik dalam dunia okay. Lucky to have her!



xoxo,
P.

Monday, December 28, 2009

Cakap Gaya Korporat, Learn It How. (Not from this entry)


Tet tet tet tet tet tet tet tet, mendail nombor 26915111 untuk sekian kali nya (entah dah berapa kali), nombor telefon MARA KL.


Tut tut tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt
tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt
tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt tut tuttt...

"MARA", operator.
"Saya nak tanya hari ni MARA bukak ke?", saye.
"Buka", operator.
"Bahagian Penganjuran Pelajaran ada orang kerja tak hari ni?" saye.
"Ada", operator.
"Selain melalui newspaper, mana boleh saya buat aduan pasal cara MARA bekerja?", saye.
"Kenapa cik?", operator.
"Tak ada orang angkat phone call. Dah banyak kali call disambung tak ade orang angkat", saye.
"Nak sambungkan ke bahagian mana?" operator.
"Bahagian penganjuran pelajaran", saye.
"Sebentar", operator.

"Hello", (dalam hati, "eh cepat nya angkat")
"Hello, bahagian penganjuran pelajaran ke", saye.
"Tak, ini bahagian menengah", orang department tuh (patut la laju tak seperti biasa)
.....
"Cik call balik operator, dia salah sambung", orang department menengah.

.....
"Hello, saya nak bercakap dengan bahagian pe-ngan-ju-ran pe-la-ja-ran", saye.
Tuttt... terus disambungkan.


DI BAHAGIAN PENGANJURAN MARA.
Saye, "Hello, I'm calling behalf of my sister, saye nak check.........."
Ended up, I talks to six peoples who work in the SAME DEPARTMENT. What a nice working culture. Kerja kau kerja kau, kerja aku kerja aku.



"Formula" bila anda menghubungi MARA melalui telefon atau face-to-face lah.
1. Cakap gaya korporat. Bahah! :D
2. Kalau jawapan bagi soalan yang anda tanyakan adalah negative, tanya kenapa begitu. Jangan mudah percaya dengan jawapan yang pertama. I says this because I got experience. Terima lah nasihat ini.


As for me, I never got any problems dealing with MARA, from my diploma years till now. Tapi kawan kawan dan adik I sendiri face some problems with them. Dan kadang kadang problem tuh tak masuk akal, remeh temeh hal yang ape entah susah sangat nak settle.


Is that because of MARA's ethic or the communication skill one can't have?



P.

Friday, December 11, 2009

Monsun Timur Laut Datang Melanda

Bila "monsun timur laut" datang melanda, this is the best position you should try and do :


* The best position for natural menstruation cramp relief.

xoxo,
PMS is bad word.

Tuesday, December 1, 2009

Bahasa Melayu Tingakatan 4 & 5. Arahan : Baca dan fahami.

Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!!

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!!

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.... Tengok ni mak... hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... Pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... "Yeah... yeah... Dah tumbuh... Bulu ketiak aku dah tumbuh... Yeah yeah.."'

Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!"

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"Selamat pagi pagi murid-murid."

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik.... Dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.


Bulu ketiak saya


Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur.

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.

Habis sekolah, Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan..!!!"

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa..

"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!"

Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.



Soalan / Arahan :
Senaraikan isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam cerita di atas. (30 markah)


+ Credit to Yanie for the great story lesson.

p/s : Untuk yang terasa pedas, masih sempat minum air :p


xoxo,
P.

Monday, November 30, 2009

Registering myself to be Aloq Star-ian :p

Mari kita cuba sebut ramai ramai...

kecek [ke.chek] = pujuk
Nak duit? Nu, pi kecek pak hang...


ghosek [gho.sek] = selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni.


bulog [bu.log] = lapar sangat
Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu.


taboh [ta.boh] = pukul/ belasah
Dengag kata hang kena taboh semalam?



geghek [ge.ghek] = basikal
Setiap pagi Mat kayuh gerek ke tempat gheja!


sekeh [se.keh] = luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni. Pat kali ajag tak gheti-gheti lagi?!



ayam piru - ayam belanda/turkey


pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara


dan ini yang paling best,

Baloq liat - malas!

Ayat contoh: Heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.


dan banyak lagi perkataan perkataan yang mampu melatih lidah anda jadi lembut :p Google lah kamus bahasa utara.


* I still can't differentiate the hearing between bahasa loghat Perak and  Pahang, which I know there are much different between the two dialects. And I think Johore people don't have dialect except for "Gerek sehhh". Or actually they have but it's only me who don't really observed.

* I also found that it is difficult to catch up Terengganu's and Kelantan's dialect. I don't know either they are speak too fast or too slow, and sometimes I think that they are speaking out of Malay language region! :p

UPDATE : I'm sorry for the sensitivity. What I mean here is, some of Terengganu's (up to Besut area) and Kelantan's peoples sound like Thailand a bit and some of the words memang lari jauh benar from the basic meaning in Malay. Did the bahasa or dialect the Terengganu's and Kelantan's use is actually come from there? Sorry again :) Peace! p/s : love u Bunga.

* While, Malacca's and Negeri Sembilan's dialect could make a confusion in the word's meaning! For Sabah and Sarawak, I only knows a few words, and the very famous is, "Kamik" means saye :)


xoxo,
P.

Wednesday, November 11, 2009

Security Reminder.

MB reminded me this.....


Don't share to much information on net. Don't gives details and don't be too specifics while writing in blog, facebook and other social networks. Don't sell your privacy info online. Paham?

Ok. I got you, MB.

What MB trying to tell me is to not share everything about me and my family with others especially on net because it is a public space. Where, even the ppl we do not know a.k.a STRANGERS would read about us.And he really get worried of someone who might sekodeng on me like desperately want to know where I go at this date, this day, this time. Even I pretty much sure that there is none. No psycho peeps will do that to me. After all, I'm not the femesss artis or what so. But the truth is still in there. Sharing our information with others, like sharing too much, could be dangerous.

In this "millennium ages", where we live in right now, connections are worldwide and no boundaries built among us. Which, I guess is a good thing, but a fine line of privacy limitation must have at there too. For me, I will only interested to share about shoes, cloths, beautiful and healthy tips,about salesss!!!, places going, etc. etc. etc. yang best best sahaja. :)

I also could imagine a scenario that might be happens, maybe in future, in a court case, where there is a counsel asking a witness about a crime case,
The counsel " Dimanakah kamu ketika tarikh ini dan apa yang kamu lakukan ketika itu? "
The witness " Saya tak ingat, Tuan. Tapi Tuan boleh check dari laman Twitter saya. Twitter adalah di mana saya update semua aktiviti saya. " !


Ok.





Sama tak?
The one on left is my lil' cousin's drawing and at the left is mine.
I drew it using Microsoft PowerPoint!
~.^=



xoxo,
P's

Monday, November 9, 2009

Ini Version Sharing is Caring / Jumaat 2012


Jumaat.
Ada cerita pasal hari Jumaat yang nak kongsi dengan kamu.
Jumaat pada tahun 2012.


Ada banyak versions, banyak rumors. So, mula dengan yang penting ini dulu.


Ok. Sini, nak share something from my email's inbox.

Baca riwayat ini dulu.


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa"


Ini yang mereka kaji.
Rasullah bersabda " bila muncul bulan Ramdahan..... suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat " .. so mereka mereka yang rajin mengkaji ini, mengira. Pada tahun 2012 nanti, kita akan berpuasa 1 Ramadhan pada 20 July (Jumaat), so pertengahan puasa (15 Ramadhan) ialah 3 August kan? Korang korang ada handphone kan? Dalam handphone ada calendar bukan? Tengok 3 August 2012 hari apa? Jumaat.

Jika "huru hara" dalam sabda Rasullah terjadi, jangan lupa ucapkan apa yang diajar okeh kawan kawan?
"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!" 


******
 

Ok. Sekarang version NASA Amerika dan ramalan calendar Mayan.

Cerita sikit pasal orang Mayan.

Orang Mayan dan keturunan cerdik pandai ini dikatakan lenyap secara misteri selepas diserang Sepanyol.

Orang Mayan sangat pandai dalam bidang astronomi, macam kedudukan bintang, bulan, matahari, bumi, planet planet. Diorang meramal tentang bencana alam pun hebat, macam gempa bumi, banyak yang tepat.

Orang Mayan, ada cipta calendar. Dan calendar mereka ini tamat pada 21 Disember 2012. Itulah sebab mereka mereka (pengkaji) percaya kiamat pada tarikh itu. Nak tahu macam mane kire calendar Mayan. Google dan type ini "kalendar Maya". Banyak keluar version Indonesia. Tapi senang paham lah bahasa Indonesia tuh. Bukan dalam bahasa suku suku Jawa, Minang, Aceh, Sunda atau Madura punya. So senang paham ok.

Ok lah. Version Mayan dan NASA ni bosan lah. Malas nak baca, tak ape, Nov ni keluar movie 2012, kita kita pergi tengok ok?



Yang penting apa yang ada dalam sabda Nabi. Betul?

Ni yang saya faham lah, dalam sabda itu. Bumi belum kiamat. Tapi bencana alam besar berlaku. Korang paham yang macam mana?

Saye rase yang melibatkan global warming. Itulah sebab heboh hebat pasal global warming. Mayan ppl pun cakap yang berlaku 2012 adalah sebab gema matahari. So, save our planet. Do recycle even our government and we Malaysian "hangat hangat tahi ayam". Government ni lah. Cuba lah tarik perhatian kami kami yang rakyat ni. Offer lah, dapat recycle tupperware ke untuk sesiapa yang hantar barang barang recycle. Tak perlu lah lagi mak mak di rumah buat meeting beli tupperware. Tupperware dapat free. Kan kan? Promotion kena kasi gempak. Ini promote batik dan tarian poco poco lebih lebih hebat buat ape? Gawat gawat mcm ni buat yg penting dulu. Kan kan korang? Goodies bag JJ (bag pasar, untuk kurang kan penggunaan bag plastic) pun 5 hinggit. 2 ringgit cukup lah. Cost lagi 3 ringgit tuh, government tanggung la, boleh kan? Duit cukai kan banyak kutip. Boleh kan? Kan? Ni lagi, lampu OSRAM, mahal okeh. Itu sebab org beli lampu biase yang menyumbang kepada global warming. Kasi potong harga la jugak. Tanda sokongan.

Ya, saye sudah seperti terkena "badi" Maya Karin. Hahaha :p


Belum kiamat lagi. Kalau dah nak kiamat, turun dulu Imam yang tak ade org sedar pun, lawan dengan dajal. Lepas tuh, turun Nabi Isa lawan  dengan Ya'juj Ma'juj. Lepas tuh, keluar burung leher sebesar leher unta, makan Ya'juj Ma'juj. Lepas tuh, angin sejuk ditiup untuk matikan semua org Islam. Last tinggal lah mereka mereka yang akan mengalami itulah kiamat. Mana saye tahu ini semua? Bukan Astro Discovery channel lah. Google lah. Pergi google "kronologi" kiamat ok. Kalau minat lah.


Rasa seram seram tak baca entry ni? Mula mula rasa seram. Tapi lepas tuh pikir, belum 2012 pun, kalau ajal dah tiba pun boleh mati muda. So jgn takut 2012. Kalau nak takut sgt, hari hari la kena takut. Sbb hari hari ade possible untuk kita mati. So kawan kawan jgn lemah semangat cari ilmu, harta dan kejar cita cita ye lepas baca ini.


Kawan kawan,
Saya bukan baik ok. Masih tak berubah. Hati keras dan buta. Tapi dalam email suruh foward kan. So saye letak dalam blog ini tak pe ye. Sharing is caring kan? Lagi pun saye sayanggggg kawan kawan saya :)



Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh,
P.

Tuesday, November 3, 2009

Summit Shoes Brand Name

Yes, all those Summit shoes have a catchy factor for you to buy one. Unfortunately, I'm not buying anything. Because, saye sedang mencari kasut yang tidak menutup ibu jari untuk dijadiakan kasut jalan-jalan. Kurang rasa selesa lah kalo jari-jari kaki ku ini tertutup dan rase terkepam. At Summit Shoes Store, most of the shoes offers to cover up your toes. There are high-heels-end like stilettos, platform (a few), wedges (a few), and flats. Tapi semua cantik cantik la with verrry afordable price. OK! Tipu. The "verrry" word tuh tipu, sebab semua sini hold a price tag range from RM30 to RM99.90. Kalo "verrry" tuh, the shoes should be put in... paling tinggi pun RM39.90 ke kan? Kan? Kan? Hehehe. Itu kasut brand stok-flea-market. Eyh?! Tak jugak. Last Sunday night, I went to Damansara Leisure's flea market, wedges-tak-tahu-lah-berape-inci-mak-ai-tingginya-tapi-ku-beli-juga-sebab-dah-suka cost me 65bucks! Almost to Primavera's sale prices, yang dorang tengah offer sekarang ni.


Ok. Here now a confession to make... I AM A SHOE ADDICT! and I knows all of you too! :D

Dan saye ada kasut yang tak pernah pakai walaupun  dah lama duduk diam-diam dalam kotak tuh. What a waste!!! So I decided to let go. Anyone interested?


Low Heel Gladiator

Size : 7/38
Color : Black
Retail price : RM 79.90
Selling price : RM 50 only!!! 



xoxo,
Shoe P.


pssst... Cuba esok kemas wardrobe korang. Nescaya korang akan jumpe barang barangan yang korang "beli-tapi-tak-tahu-lah-bila-nak-pakai". Cubalah! Mesti akan terkejut punya. Dalam hati, "masa bila pulak ye beli ni?". Hahaha :D

Sunday, November 1, 2009

I Have Nothing to Wear?



Do you having this symptom of

" my-closet-fulls-of-clothes-but-nothing-to-wear "

or this

" I-feels-like-such-a-failure!-I've-been-shopping-a-lot-and-I-still-don't-have-anything-to-wear! "

???

Do you?

Do you??

Do you???


If your answer is YES! 
No worries! 

The solution is here!





















Ta, amacam? OK tak kite promote?  :p


Eh, korang ape lagi? Click la sini. Support us! :)



xoxo,
Advertiser.

My Working Experiences

Ramai kawan-kawan saye yang start dan memiliki pengalaman kerja seawal umur 18 tahun, yakni lepas habis SPM la. Tapi akibat dari tentangan hebat dari family saye (wah! poyo nye ayat ni. tak pe. kite terusakan ya:)... niat murni saye untuk mancari duit poket sendiri tak kesampaian.

Kesian kan?

Pengalaman kerja saye bermula masa saye dah berumur 20 tahun.


2006
Sebagai tuition tutor for standard 4 and 5 students. Best ke jadi cikgu kepada budak-budak sekolah rendah ni? Mesti best kan? Dorang dah la comel-comel. Petah bercakap. My answer... NO! Saye benci budak-budak sekolah rendah! Benci mereka! You never know the feelings until you be the one who handling them. Ok. Maybe to some, dealing, playing and laughing with this child-teenagers-wannabe-soon are fun and exciting. But I can not be in it. Kalau boleh saye mahu budak-budak ni boleh membesar sampai umur 7 tahun je. Dan lepas tu, mereka akan berumur 7 tahun untuk selama-lamanya :) boleh? Benda yang buat saye paling sukekan budak-budak kecik (age less than 7) ni ialah mereka senang dengar cakap. Dan kamu akan rase seperti dihargai. Bagi mereka, kalau kita tak de, mesti susah hidup dorang... I love to hear and when they thought of this... "Nasib baik saye ade kakak. Kalau tak, tak tahu lah saye nak buat macam mane. Kakak selalu tolong saye"... "Bestnyeee ade kakak. Tak de orang berani tipu saye". See! they adore you so much! like you are the most amazing. Kamu boleh main ikat-ikat rambut dorang and when that, dorang mesti akan cakap macam ni, "Wah! Cantiknya! (ayat cerita kanak-kanak Astro Ceria). Pandainya akak ikat rambut saye. TQ!". Tapi cube lah korang main rambut budak-budak yang dah umur atas 8 tahun... "Sibuk lah kau! Tak nak lah main rambut oranggggg!!!" Saye rindu dan teringat adik perempuan saye, mase dia sebelum dan baru masuk sekolah rendah darjah satu. So sweettt and adorable. Saye boleh buat die macam barbie saye. Die akan dengar semua cakap saye! but then she's looks totally different bila dah ada kawan-kawan baru kat sekolah agak nya. I'm no longer her "amazing" kakak. Haih! Sekarang dia sudah menjadi seperti kawan ku. Gossip bersama. Membebel-bebel dengan ku. Menjerit-jerit, bergaduh-gaduh, kemudian baik balik :p

Saye agak bila dah makin besar budak-budak tuh, mereka akan rase teruja untuk menggunakan perkataan-perkataan yang baru mereka belajar. Itulah sebabnya mereka jadi banyak cakap dan tak mahu dengar cakap! Dan kadang-kadang kata-kata mereka amat pedas, bak kata orang, madah bercili. Hmmm... ada satu buat saye pelik, kenape parents my students hantar anak-anak dorang pergi tuition. Dorang ni semua pandai-panadi lah. Kalau tanye satu soalan dalam kelas, macam bunyi tebuan diorang jawab. Semua orang nak jawab, semua orang nak angkat tangan. Tapi tak nafi lah, dalam ramai-ramai tuh, ada jugak student yang pasif. I can trace which one is passive after having two-three class with them. Untuk yang pasif tuh, saye akan tujukan khas soalan pada dia untuk jawab. So dia boleh participate along in class. Participation in class is important kan, cikgu-cikgu? Tapiii... you know what! nanti ade lah dua tiga orang kawan-kawan dia yang tolong jawab kan untuk pihak dia pulak, walaupun tak diminta pun! And when I said this, "I'm asking your friend. Can you please let him to answer?", dorang akan senyap balik. Tapiii... bisik-bisik jawapan pulak kat kawan dia tuh. Adoi! Nakal kan? Kan? Kan? Tapi kan bila pikir-pikir balik, dorang ni baik hati. Tak suka kawan dorang kena berdiri lama-lama. Tapi tu lah, cara tuh tak kena. Kesian kat kawan dia. Datang tuition tapi still tak dapat jawab soalan dengan sendiri. Dalam exam nanti, kawan-kawan boleh tolong jawab kan kah? Tak kannn...

Dalam pening-pening kepala layan perangai budak-budak ni, ade juga kenangan manis. Melihat budak-budak lelaki bergaduh kerana kawan dia lagi banyak playing card pokemon dari dia dan budak-budak perempuan yang sibuk menunjuk-nunjuk pen warna warni mereka (oh! saye sendiri masih ade habit kumpul pen color color nih! :p). Dan yang paling saye ingat dan suke, ialah time balik tuition, mereka ramai-ramai akan bubye saye... "Bye bye cikgu!..." Cikgu ok! :p

Saye jadi "cikgu Shaari" tak lama. Dua bulan jeh. Lepas tuh sambung masuk belajar balik.


Pengalaman kerja dua.

2007

Pengalaman kerja yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Bekerja bersama SGIVC! as customer service, then as credit officer. Semua dekat sini mengajar saye sesuatu yang amat berharga. Mengajar saye supaya tidak kekok dengan kehidupan bermasyarakat dan semua manusia adalah manusia. Bukan haiwan pemangsa yang akan menelan saye jika saye hye dan menegur mereka. Dan juga, saye sebenarnye mampu bercakap, bukannya terhad dengan orang-orang yang saya rapat sahaja. Jika sebelum itu, nak order McD di counter pun saye tak tahu, hanya main tunjuk-tunjuk gambar kat waitress je, seperti warga istimewa, tapi sekarang, pengalaman membuka mulut untuk bercakap semasa bekerja, telah merubah saye. Terima kasih SGI! (Ini bukan iklan ye kawan-kawan, walaupun kedengaran seperti. hehe...)

Saye ingat lagi, masa mula-mula masuk kerja, akak yang supervised saye time tuh, pening tengok saye. Sebab saye tulis dialog ape yang saye nak cakap ngan customer siap-siap atas kertas. Haha! Punyalah awkward! Heheh :p

Saye kerja kat SGI pun tak lama. Tapi yang paling lama dalam sejarah pekerjaan saye. 6 bulan. Lepas tuh sambung degree pulak.


Pengalaman kerja TIGA.

Present.

Ha ni lah yang nak dikhabarkan sebenarnya. Inilah pengalaman bekerja sendiri saye yang pertama, bukan lagi kerja makan gaji. Membuka bisnes bersama rakan-rakan saye. Menjual pakaian. Berbekalkan modal sendiri, kami kumpul duit, semua setuju and now business sudah siap setup. Baru jeh lagi. Masuk hari ni, baru 4 hari.

Harap-harap kawan-kawan dapat beri sokongan yer :) Spread the words about it please... Much appreciate! :)) Ha, melawat sini untuk ke blog perniagaan kami... Shopper Drop Point. Special prices offer! memang special pun.



xoxo,
Business Partner.

Saturday, June 20, 2009

Electronic Junkie

IT'S NOT MAGIC,
BUT IT'S CLOSE.

Introducing Wasabi!
macam name makanan ek?
but.. it's nothing to do or even close with food, sushi, Japan, kimono, etc. Hehe.. :D


* uber-mobile printer *

* Bluetooth-enabled - Print without wireless using Bluetooth
* Zero-Ink! - Never run out of ink because there is no ink (Zero Ink paper required)
* Holds up to 12 sheets of
* adhesive-backed paper
.
.
.
.
.
.
.
.
So guys, what do'cha think? To buy or not to buy? Or at least just have a dream of it???




xoxo,
?

♥ly Roses